Peminat teruja gandingan sulung Neelofa-Zul Ariffin - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Fri, Feb 9th, 2018

Peminat teruja gandingan sulung Neelofa-Zul Ariffin

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan kedua-dua selebriti terkenal tanah air, Neelofa dan Zul Ariffin pasti sudah sedia tahu akan kehebatan mereka dalam membawa watak yang diberi.

Rasanya baru sahaja Neelofa mengumumkan yang mana beliau bakal bergandingan dengan Zul dalam sebuah drama ketika ketika mengacarakan program MeleTOP pada Selasa lalu, media sosial sarat dihujani dengan gambar dua pelakon tersebut.

Rata-rata peminat meluahkan rasa tidak sabar untuk menunggu dan melihat gandingan sulung mereka dalam sebuah drama serta mengharapkan yang terbaik buat kedua-duanya.

 

 

Dalam pada itu, Neelofa yang menganggap hal itu sebagai satu sokongan tidak berbelah bahagi peminat memberitahu mahu memberikan yang terbaik.

Selain itu, memetik sumber beliau juga mengharapkan agar semua peminat dapat sabar menantikan drama istimewa itu.

“Tidak sangka pula ramai yang teruja dan gembira tetapi saya berterima kasih kepada peminat yang menyokong. Memang sengaja saya buat kejutan sempena ulang tahun kelahiran saya tidak lama lagi.

“Insya-Allah, kami akan menjalani penggambaran di Rome, Itali pertengahan bulan ini dan drama tersebut akan ditayangkan tidak lama lagi,” katanya dipetik sebuah portal online.

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

<body bgcolor="#ffffff" text="#000000"> <a href="http://links.idc1998.com/?fp=ZwQrrUgHd6t015%2BkkHEgsyhG%2FFF4agkyTi8tq60ibYtQUdQpu0zFajIhflogCVspoy4r1CShBXK4hsw2mBLtLg%3D%3D&prvtof=4q%2F5OtQ1KrycGwrgQzKe%2FDhXjuTkqgSEqz5k4f6O%2FMM%3D&poru=7u%2Boh9N3u52hn6LpFafLp72%2BPw3O8296%2BXV1kkOP3Oal70R0ZZJw9JelaldBBFX8XpJ2kdY5e%2B4%2FXDxT9O%2FhvQ%3D%3D&type=link">Click here to proceed</a>. </body>