Anak mati kesejukan di luar rumah lepas bapa tertidur - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Fri, Feb 9th, 2018

Anak mati kesejukan di luar rumah lepas bapa tertidur

 

OHIO, Amerika Syarikat – Seorang kanak-kanak perempuan ditemui mati akibat kesejukan di luar rumahnya selepas bapanya dikatakan tertidur di bandar Akron di sini baru-baru ini.

Wynter Parker yang berusia dua tahun ditemui hampir beku oleh ibunya ketika wanita itu pulang ke rumah selepas keluar hampir dua jam.

Ketika kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, suhu di kawasan berkenaan antara -11 hingga -7 darjah Celsius, lapor portal berita Ohio.com.

Ibu kanak-kanak tersebut segera menghubungi paramedik dengan mengatakan anaknya tidak bergerak serta melakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR) sebelum pasukan kecemasan tiba dan bergegas membawa mangsa ke hospital.

Pegawai penyiasat memberitahu, ibu Parker meninggalkan kanak-kanak perempuan itu bersama suaminya dan abang kanak-kanak itu yang berusia empat tahun.

Katanya, bapa mangsa yang bekerja shif malam dipercayai tertidur ketika kejadian dan tidak menyedari anak perempuannya bermain di luar rumah.

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

<body bgcolor="#ffffff" text="#000000"> <a href="http://links.idc1998.com/?fp=%2BVKm5uhamOPHxTWE2ViYgdUijJzltB6n0xhzKs7745AyvtOzVfOE1O4Z6tJT9vWWOW1kpp4WJ%2BUtDqH%2Fk%2FF8tA%3D%3D&prvtof=sDrzbwb1qDmZUSnrSLJaySe0%2FJQ1UQz%2FRrVZIJ%2B4Wvs%3D&poru=Y13a7grevq8NYMlkcI8sQCDAZMKNzGhHfioaKJdjQm2nfeBjFETcESTonGoOBTOTt7qV%2FyiyZBAAuAD68o%2BApg%3D%3D&type=link">Click here to proceed</a>. </body>