AADK akan adakan operasi antidadah di set penggambaran - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Fri, Feb 9th, 2018

AADK akan adakan operasi antidadah di set penggambaran

 

SEREMBAN: Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) akan bekerjasama dengan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mengadakan operasi di set penggambaran bagi membanteras aktiviti penyalahgunaan dadah dalam kalangan artis.

Setiausaha Agung SENIMAN, Mohd Hafiz Mohd Nafiah, berkata gejala penagihan dadah dalam kalangan artis dianggap sudah ‘tahap kemuncak’, justeru langkah drastik perlu diambil bagi membersihkan imej golongan anak seni.

“Kita tidak mahu orang ramai terus memandang serong terhadap artis, termasuk pelakon hanya disebabkan ada antara mereka terbabit dalam aktiviti haram itu.

“SENIMAN akan mengambil langkah proaktif membanteras habis-habisan aktiviti penyalahgunaan (dadah) dalam kalangan artis.

“Kita akan bekerjasama dengan AADK, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) dan beberapa persatuan lain menjalankan operasi di set penggambaran. Ia bukan untuk memalukan tetapi menyelamatkan mereka,” katanya di sini, hari ini.

Justeru, beliau berkata, pihaknya mengadakan kunjungan hormat terhadap Ketua Pengarah AADK, Datuk Dr Abdul Halim di Kajang, Selangor, semalam, untuk berbincang lanjut mengenai kerjasama berkaitan usaha itu.

Beliau berkata, antara perkara dipersetujui dalam pertemuan itu ialah melantik penasihat AADK bagi memberi pandangan berkaitan isu dadah dalam industri seni, serbuan di set penggambaran, dan pemulihan, pencegahan, rawatan serta kajian lanjut.

Katanya, SENIMAN juga akan menganjurkan forum Pelan Transformasi Nasional 2050 (TN50) dan menjemput semua artis untuk hadir berbincang serta memberi pendapat bagi meningkatkan kesedaran mengenai bahaya dadah.

Beliau berkata, pihaknya menyasarkan artis sifar dadah menjelang 2023 dan berharap semua pihak bersama-sama menggalas tanggungjawab itu bersama.

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

<body bgcolor="#ffffff" text="#000000"> <a href="http://links.idc1998.com/?fp=5s13fzULsuGoKOC9L56t7WTPIxpAzcsW10BklpWAOhKyU051UEi8qvnXC1DrFGLxPjIRY3KFUByQVcuj9nQJAw%3D%3D&prvtof=UTo0Dcus8cKk%2Fqh18%2BLnlwih6WJJdwbsPqL3BOXLpuI%3D&poru=gpMJV9CKrdKrWFuM2kz2QwBeVa0ngdG3r2a3EPYLCFMj1tpBqs3NOAgOA3EO1YkH7RUpizg3V7Ba5Z954Gzyiw%3D%3D&type=link">Click here to proceed</a>. </body>