TPM sindir PH ‘bangga’ sebar berita palsu - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Thu, Feb 8th, 2018

TPM sindir PH ‘bangga’ sebar berita palsu

PUTRAJAYA – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyindir Pakatan Harapan yang bimbang dengan penggubalan undang-un­dang baharu bagi mengekang penularan berita palsu oleh kerajaan.

Lebih lucu blok pembangkang yang didalangi DAP itu ujar beliau, membuat dakwaan pelik konon undang-undang tersebut adalah bertujuan untuk menutup ‘kebenaran’ daripada diketahui oleh rakyat negara ini pula.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri sebaliknya menegaskan bahawa penggubalan tersebut tidak sama sekali menutup sebarang berita kebenaran untuk disebarluaskan kepada semua pihak.

“Apakah kebenaran (sebenarnya bagi Pakatan Harapan)? Apakah ‘kebenaran’ seperti diperkatakan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 melibatkan dakwaan 400,000 warga Bangladesh konon dibawa ke negara ini?

“Apakah itu bukan berita palsu? Adakah itu ‘kebenaran’ yang akan dibawa sekali lagi oleh mereka? Akan ada berita-berita palsu pada saat-saat akhir pada strategi kempen… Saya sangat pasti,” katanya kepada pemberita.

Ahmad Zahid sebelum itu hadir menyempurnakan Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan aneh Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini yang ‘khuatir’ tentang cadangan undang-undang terhadap berita palsu dengan mengatakan ia undang-undang ‘baik’.

Bagaimanapun pemimpin berusia hampir satu abad yang pernah dikutuk pembangkang sebagai sebagai diktator itu mendakwa konon undang-undang baharu tersebut tidak boleh digunakan untuk menutup kebenaran.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid meminta pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk meningkatkan siasatan dan memenuhi aduan terhadap isu keraguan Perhimpunan Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Katanya, langah itu hasil kebolehpercayaan terhadap ROS cukup tinggi kerana sifat ketelusan jabatan itu selama ini dalam melakukan siasatan terhadap pertubuhan dan badan politik yang menerima aduan dari ahli mereka sendiri.

Ditanya adakah siasatan tersebut boleh dilakukan dalam tempoh dua minggu ekoran gesaan oleh ahli-ahli PPBM semalam yang sangsi dengan parti berkenaan, Ahmad Zahid berkata, isu itu diserahkan kepada pihak ROS sendiri.

Ini kerana sebagai menteri, beliau tidak terlibat dalam aktiviti pengoperasian jabatan berkenaan.

Berhubung perhimpunan yang akan diadakan oleh kira-kira 1,000 ahli-ahli PPBM di ibu pejabat ROS di sini sebagai tanda protes, beliau berkata, perkara itu bergantung kepada ahli-ahli parti tersebut tetapi pihak polis akan hadir untuk memantau.

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

<body bgcolor="#ffffff" text="#000000"> <a href="http://links.idc1998.com/?fp=hFYYzDmuxVjRQsLAauGFQree70I24mf7kiaij4tQ8WSawPOTjmnXHO4xtQ53YzpIbICpc%2FEFAsDURfghvkb3KA%3D%3D&prvtof=DbnC31xxtqCj2vlb22MTzlwam2eyrLAOJn4bkBZHuF8%3D&poru=%2BtfDuvtwSIehaEmK%2FlsJLcowR4SxRkXga1VVAhIHUwfXaFtMefr21uPEgT%2BCkx%2BY%2BvYNz4L2Jlm5Jm%2BKM4TpgA%3D%3D&type=link">Click here to proceed</a>. </body>