Pemilik kedai kopi berdepan penjara guna model bogel - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Wed, Feb 7th, 2018

Pemilik kedai kopi berdepan penjara guna model bogel

Seorang pemilik sebuah kedai kopi berdepan dengan hukuman penjara selepas menggunakan model separuh bogel yang hanya menutup bahagian depan badan dengan apron, untuk melariskan perniagaannya.

Pemilik kedai kopi `Coffee On The Day’, Prason Sukkorn kini berdepan penjara tiga hingga lima tahun atau denda sebanyak RM12,000.

 

 

 

Gambar-gambar model berkenaan iaitu Arisa Suwannawong, 22, Prason Sukkorn, 21, yang melayan pelanggan dalam keadaan menggoda dan seksi itu dirakamkan oleh Prason.

Gambar itu kemudian menjadi viral hingga mengundang kecaman ramai. Kedai tersebut terletak di Chonburi, Thailand.

Prason bagaimanapun menafikan dia mempunyai niat berunsur seks atau menghina sebaliknya hanya merakamkan gambar itu untuk tujuan promosi, apatah lagi kedai itu baru dibuka Selasa lepas.

 

 

Sementara itu, polis berkata, Prason mengaku memuatnaik gambar lucah itu dan memberitahu dia tidak mengetahui bahawa perbuatan itu adalah menyalahi undang-undang.

“Dia mendakwa tidak tahu ia melanggar undang-undang kerana model tersebut bukan bogel sepenuhnya. Gambar terbabit telah dibuang tetapi kesalahan tetap ada.

“Kami akan menyiasat dan mengambil tindakan,’’ kata polis.

 

 

 

Dalam pada itu, Arisa dan Minggomut berkata, mereka simpati dengan Prason kerana kejadian itu.

Arisa berkata mereka menawarkan diri untuk membantu melariskan perniagaan Prason.

“Saya tidak dibayar untuk melakukannya. Saya hanya mahu membantu. Perniagaan mereka masih baru dan tidak mempunyai pelanggan lagi,’’ katanya yang turut meminta maaf.

 

 

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

<body bgcolor="#ffffff" text="#000000"> <a href="http://links.idc1998.com/?fp=d2S2jRDSTDHfyj0DBW%2FJY%2ByiorHD8%2Bx3v2f8GgYdLRFpqaZqEFI1%2F0i1Co8dTODi9O5IgxJpaT2f5G%2F%2BBDBMpA%3D%3D&prvtof=3PexkOe01C7WFncgmGCKePB%2B3Thwir66fBXU6QSp6gU%3D&poru=apjcn8HYs%2FoQ3%2BMpKXFKS4V9fFLLevGxD7xezvKgABPevDeuLrEe3wZ3Sz6yjHvvRPIA0XjB2KL6a3VXqiAgig%3D%3D&type=link">Click here to proceed</a>. </body>