Lepas Sofi, pihak polis kenal pasti dua lagi individu

16

KUALA LUMPUR – Pihak polis berjaya mengenal pasti dua lagi individu disyaki terlibat dalam kes penyalahgunaan dadah bersama pelakon, Sofi Jikan seperti mana didedah oleh pengarah, Datuk Farid Kamil beberapa hari lalu.

Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Kang Chez Chiang, pada masa ini dua lagi individu berkenaan sudah bersedia untuk tampil membantu siasatan berhubung kes tersebut.

Bagaimanapun, ujar beliau, buat masa ini pihaknya tidak dapat mendedahkan apa-apa maklumat lanjut mengenai dua individu berkenaan sehingga mereka tampil membantu siasatan.

Terdahulu, Sofi yang terkenal menerusi filem KL Gangster itu telah ditahan reman selama tiga hari yang mana bermula hari ini bagi membantu siasatan selepas didapati positif dadah jenis ganja.

Memetik laporan BH online, perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Hairul Azhar Mohd Ishakyang mana berakhir pada Jumaat depan.

Pelakon berusia 48 tahun itu disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya serta perintah pengawasan sehingga tiga tahun.

 

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments