Husam sah Istana Kelantan tarik balik Darjah Kebesaran - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Wed, Feb 7th, 2018

Husam sah Istana Kelantan tarik balik Darjah Kebesaran

KOTA BHARU – Pemimpin Pakatan Harapan daripada Parti Amanah Negara (PAN), Husam Musa mengesahkan Yang di-Pertuan Agong selaku Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V telah menarik balik darjah kebesaran beliau.

Menurut Husam, seorang lagi pemimpin PAN yang turut ditarik balik darjah kebesaran oleh Istana Kelantan ialah Pengerusi PAN Kelantan, Wan Rahim Abdullah.

Jelas beliau, Istana Kelantan memaklumkan perkara itu kepada mereka berdasarkan surat daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan petang semalam.

“Kami menerima surat daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan petang semalam memaklumkan Sultan Muhammad V menarik balik Tauliah Perlantikan Ahli Yang Kedua (Dato’ Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) (Al-Ismaili II) yang telah dianugerahkan kepada kami sebelum ini mulai 6 Februari 2018.

“Menjunjung sebagaimana dititahkan, kami berdua telah mengembalikan ketandaan Darjah Kebesaran dan surat perlantikan yang berkaitan kepada Yang Amat Berusaha Pengelola Istana D’Raja pada hari ini di Istana Balai Besar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, penganalisis politik yang juga ahli akademik Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff mendedahkan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad antara tiga pemimpin pembangkang ditarik balik darjah kebesaran oleh Istana Kelantan.

Mahathir bersama anaknya Datuk Seri Mukhriz dan orang kanan beliau, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyertai Pakatan Harapan selepas menubuhkan parti baharu pembangkang dikenali sebagai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Sejak itu, Mahathir dan parti barunya dipergunakan oleh Pakatan Harapan untuk menghasut orang Melayu di kampung-kampung dan Felda supaya menyokong pembangkang termasuk DAP.

PAN pula adalah parti serpihan PAS yang ditubuhkan oleh bekas pemimpin PAS yang disingkirkan oleh ahli parti itu dalam pemilihan PAS pada Jun 2015.

Berbanding PPBM, PAN terlebih dahulu menyertai Pakatan Harapan namun parti itu diperuntukkan bilangan kerusi yang paling kecil untuk ditandingi pembangkang dalam PRU14.

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

<body bgcolor="#ffffff" text="#000000"> <a href="http://links.idc1998.com/?fp=jvcVa2J2AnAys2%2FIMyWOLuuNmoEAe1OZXC1vGwIZxUQ1q9%2BJ0y6A%2FLCRgsRSmsEGxmKt%2FMNlyF7zL1VwJpuErQ%3D%3D&prvtof=YoITjN5OqILWj%2BA18pbBlr2iusvG4rzoTCdIk5cI8vw%3D&poru=N3%2FBG%2BqOG%2BQd4VE0%2FVTI1eXJ39n%2FVvWQm0q0uWh3oZkF4WZnxtn8dknaoSS2Y5rnY9TT1Gla6Y0C4QhuktnmPA%3D%3D&type=link">Click here to proceed</a>. </body>