Godin patah 3 gigi - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Tue, Feb 6th, 2018

Godin patah 3 gigi

 

MADRID: Pertahanan Atletico Madrid, Diego Godin kehilangan tiga batang giginya selepas bertembung dengan penjaga gol Valencia, Neto pada aksi La Liga, semalam.

Atletico yang memenangi perlawanan itu 1-0 di Wanda Metropolitano menyatakan pertahanan tengah Uruguay itu akan menjalani pembedahan dalam masa terdekat selepas kehilangan tiga batang gigi di bahagian rahang atasnya.

Namun, pasukan itu tidak menyatakan berapa lama dia perlu diketepikan.

Godin bertembung dengan Neto selepas kedua-dua pemain itu cuba merebut bola tinggi hasil sepakan percuma Antoine Griezmann.

Dia terpaksa dikeluarkan selepas berdepan pendarahan susulan insiden terbabit yang berlaku di awal babak kedua.

Angel Correa meledak gol kemenangan buat tuan rumah untuk mereka menghuni tangga kedua liga namun ketinggalan sembilan mata di belakang pendahulu, Barcelona.

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

<body bgcolor="#ffffff" text="#000000"> <a href="http://links.idc1998.com/?fp=h5OTMaF39gDII6FWp0mb%2BY5jF1ejk8KvDzNvKN%2F97gw6NfrEIMeSQPRiE4%2Bt%2Fm4ASmKYSm62LXOMEvQSD%2Fd%2BVA%3D%3D&prvtof=BSs5aMkPeGE4jOA9HxnZcJilpkKeeUjXMGQBveybfo4%3D&poru=FLfyGVgYKvn%2BDZSU2XHLmzZTvfqnhMw0OHsgwvVUH5zsqRPjFZEn8YmKVfPr69Ev4DI8mdx5tX2eM4egbfq8%2Fg%3D%3D&type=link">Click here to proceed</a>. </body>