Budak mati dipukul di PD, bapa dan mak tiri direman

240

 

PORT DICKSON – Bapa kandung dan ibu tiri kanak-kanak yang mati dipercayai didera masing-masing berusia 35 tahun dan 30 tahun tiba di Mahkamah Majistert Port Dickson untuk mendapatkan perintah reman sekitar jam 9.10 pagi tadi.

Kanak-kanak sembilan tahun itu disahkan meninggal dunia sekitar jam 12.30 tengah malam kelmarin dipercayai akibat didera.

Terdahulu dia ditemui tidak sedarkan diri oleh ayahnya sebelum dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

Jenazah kanak-kanak itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kepayang Fairpark Ipoh Perak malam tadi. –¬†Sinar

 

Sekolah buat tahlil untuk Nur Aina Nabihah

 

 

PORT DICKSON – Warga Sekolah Kebangsaan Lukut (SKL) mengadakan bacaan Yasin dan tahlil untuk rakan mereka, Nur Aina Nabihah Muhammad Abdullah, 9, yang meninggal dunia dipercayai akibat didera.

Kanak-kanak itu bersekolah di SKL di kelas Tahun Tiga Venus.

Sinar Harian semalam melaporkan Nur Aina Nabihah disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaafar Seremban selepas dia ditemui tidak sedarkan diri oleh bapanya di kediaman mereka di Taman Vista Jaya Lukut.

Bedah siasat ke atas kanak-kanak itu mendapati dia mengalami kecederaan parah pada organ dalaman.

Berikutan itu bapa kandung yang juga anggota tentera dan ibu tiri kanak-kanak itu ditahan polis semalam.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments