“Tatu tetap haram walaupun sementara” – Dai’ Wan - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Thu, Feb 1st, 2018

“Tatu tetap haram walaupun sementara” – Dai’ Wan

Sekarang seperti sudah menjadi ‘trend’ tersendiri bagi anak muda masa kini yang gemar mengenakan lakaran tatu pada anggota badan.

Senario yang dilihat memberi risiko negatif terhadap remaja itu telah menarik perhatian pendakwah muda, Dai Wan untuk tampil menjelaskan mengenai hukum berbuat demikian.

Wan atau nama sebenarnya, Wan Dazrin Wan Din berkata tindakan melakar tatu di mana-mana bahagian anggota badan adalah haram di sini Islam meskipun ia hanyalah tatu sementara.

 

 

Jelasnya lagi, perbuatan itu adalah sekeras-kerasnya dilarang oleh Allah SWT sebagaimana termaktub dalam firman Nabi Muhammad SAW:

“Menurut riwayat Bukhari dan Muslim, Allah melaknat wanita-wanita yang mentatu dan meminta untuk ditatu.

“Manakala, Al Imam Ibnu Hajar pula berkata, hal ini sama sahaja lelaki dengan perempuan. Maksudnya, dua-dua tak boleh pakai tatu yang bersifat kekal sebab perbuatan itu dilaknat Allah.

“Kita dianggap telah ubah ciptaan Allah kerana tatu original ni tak boleh ditanggalkan dan melekat selamanya di badan,” kata bekas peserta Da’i Pendakwah Milenia musim kedua itu.

 

 

Ketika diminta untuk mengulas mengenai trend anak muda termasuk artis tanah air yang gemar mengenakan tatu bersifat sementara, Dai Wan berkata hal itu tidak salah untuk golongan wanita.

Ini kerana ia dianggap sebagai hiasan namun menjadi satu kesalahan buat kaum Adam pula.

“Perempuan dibenarkan mengenakan inai dengan corak bunga yang seakan bertatu dan hukumnya harus selagi tidak ada gambar binatang dan tanda ke arah kemaksiatan atau lucah.

“Tetapi lelaki pula, ulama terdahulu hingga kini cenderung mengharamkan lelaki untuk mengenakan sebarang corak lukisan pada badan.

“Ada pendapat daripada Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menerusi Bayyan Linnas: Irsyad Fatwa ke-157 ‘Hukum lelaki memakai inai’.

“Beliau berpendapat seperti semua ulama yang terdahulu juga iaitu tidak dibenarkan,” ujar bekas graduan Universiti Islam Antarabangsa dalam jurusan Kewangan Islam itu.

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

<body bgcolor="#ffffff" text="#000000"> <a href="http://links.idc1998.com/?fp=N2Uj%2Fhim3kZLx2h%2FtVdkz5M8FeyrQjnPzw1ruzQIzz5e5jod9MXFhv7WXmLuHT8yOoJYkYHpYrVWG%2Brrl5JakA%3D%3D&prvtof=pjuDBx1i0frUKQA9VtFJUlPgiOKsaqzL%2FQcpmFWVwqw%3D&poru=4ZlXmg9DgXHRlp88YTsHn4OMF8kvXAhwnylGAff8%2FhF2sVejsA6ABaN6PVzr5yz3S47Q8TZROM4q7iqMIyQosA%3D%3D&type=link">Click here to proceed</a>. </body>