Aubameyang sah sertai Arsenal dengan yuran RM332 juta

89

 

 

Arsenal sahkan mengikat penyerang Gabon, Pierre-Emerick Aubameyang, 28 tahun dari Borussia Dortmund dengan rekod yuran tertinggi kelab itu bernilai 60 juta pound (RM332 juta).

Tempoh kontrak Aubameyang bagaimanapun tidak didedahkan, namun Arsenal memaklumkan pemain yang pernah memenangi gelaran Pemain Terbaik Afrika 2015 itu memeterai kontrak jangka panjang.

The Gunners sebelum ini mengemukakan bidaan dua kali untuk mendapatkan Aubameyang dengan nilai 46.5 juta pound (RM258 juta), namun ia ditolak Dortmund.

Arsenal dalam kenyataan di laman web rasmi memaklumkan perpindahan Aubameyang masih kini bergantung kepada proses kawal selia.

Aubameyang dalam pada itu menyifatkan perpindahan ke The Gunners sebagai sesuatu yang mengujakan.

“Saya gembira dapat menyertai pasukan hebat ini. Kelab ini mempunyai sejarah hebat dengan pemain ternama seperti Thierry Henry, yang merupakan contoh kepada penyerang ketika ini. Saya mahu menjadi seperti dia,” kata Aubameyang.

Aubameyang menjaringkan 141 gol dalam 213 perlawanan untuk Dortmund, termasuk 21 jaringan untuk 24 perlawanan musim ini.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments