Lelaki Palestin mati ditembak keluarga sendiri lepas belot bantu Israel

36

 

Satu keluarga Palestin menembak mati seorang ahli keluarga mereka yang membantu Israel mengesan dan membunuh tiga pemimpin kanan Hamas, termasuk seorang saudara lelaki berkenaan.

Keluarga lelaki itu dalam kenyataan menyatakan, Ahmed Barhoum ditembak di Rafah selepas bukti mengesahkan dia memberi maklumat kepada Israel membolehkan rejim Zionis melancarkan serangan udara ketika perang Gaza 2014.

Menurut keluarga itu selain bukti yang ditunjukkan satu kumpulan bersenjata, mereka juga mendengar pengakuan lelaki terbabit.

Dalam serangan udara pada 22 Ogos 2014 itu, sebuah rumah di selatan Gaza ranap dibedil peluru berpandu Israel menyebabkan tiga pegawai kanan Briged Qassam iaitu Brigades, Mohammed Abu Shamlah, Raed Attar dan Mohammed Barhoum terbunuh.

Selain itu, lima orang awam juga terbunuh dan kira-kira 40 lagi cedera.

Keluarga Barhoums antara keluarga terbesar di Rafah dan rapat dengan kumpulan bersenjata Palestin.

Hamas mengeluarkan kenyataan memuji tindakan keluarga terbabit manakala tentera Israel enggan mengulas.

Hamas menjatuhkan hukuman mati terhadap 109 orang, sebahagian besarnya membabitkan kesalahan menjadi tali barut Israel dengan 25 hukuman sudah dilaksanakan sejak 2007.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments