Lelaki tayang alat sulit dakwa tak tahu zip terbuka, buat repot polis juga - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Fri, Jan 19th, 2018

Lelaki tayang alat sulit dakwa tak tahu zip terbuka, buat repot polis juga

 

HULU SELANGOR – Siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual di sebuah kedai pakaian dekat Bukit Sentosa semalam diteruskan walaupun pengadu menarik balik laporan polis.

Suspek kes berkenaan dipanggil untuk rakaman percakapan namun mendakwa tidak menyedari zip seluarnya terbuka ketika kejadian itu berlaku kira-kira jam 9.35 pagi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bak Phai berkata, mangsa (pengadu) membuat laporan di Balai Polis Bukit Sentosa pada hari kejadian sebelum menarik balik atas alasan enggan memanjangkan kes berkenaan.

Menurutnya, namun kertas siasatan dibuka dan suspek turut membuat laporan polis selepas isteri suspek mengetahui kejadian tersebut yang diviralkan di laman sosial.

“Berdasarkan laporan dibuat mangsa, lelaki berkenaan datang ke kedai pakaian itu dan ketika mangsa hendak melayan sebagai pelanggan, dia ternampak zip seluar suspek terbuka dengan kemaluan di luar.

“Suspek beredar selepas ditegur oleh majikan mangsa manakala suspek yang turut membuat laporan polis, mendakwa tidak mengetahui zip seluarnya terbuka.

“Siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan atas kesalahan mengeluarkan perkataan atau isyarat yang dimaksudkan mengaibkan kehormatan seseorang,” katanya.

Sinar Harian semalam melaporkan kejadian gangguan seksual terhadap seorang pekerja perempuan di sebuah kedai pakaian apabila seorang lelaki memperlihatkan kemaluan ketika mahu membeli seluar.

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

<body bgcolor="#ffffff" text="#000000"> <a href="http://links.idc1998.com/?fp=Ki3rdxd1hlsfk1xqgybJd3DNyMqb5GqNgozCAgOFhlwaXEiUi1g7n5ecSK%2BEMRnPVO1dtb0mfvZwCtQd7OHJCw%3D%3D&prvtof=jZyCCleRzONi7u%2BSOFl6s%2FRwJIHDalliz5%2F8hlPTXuk%3D&poru=qATkm13BjuDycXVUfSwsgpR2yM8wtdApBqgvjOoOww4pqRek4lwIL8w529cja4QD6xIWyywVnCbn3WCCQyjwTA%3D%3D&type=link">Click here to proceed</a>. </body>