Kubur asing-asing, tak sepatutnya berlaku dalam masyarakat Islam di Malaysia - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Thu, Jan 18th, 2018

Kubur asing-asing, tak sepatutnya berlaku dalam masyarakat Islam di Malaysia

 

KANGAR 18 Jan. – Jabatan Mufti negeri menerima aduan dan laporan bahawa terdapat kumpulan politik tertentu yang telah mewujudkan kubur-kubur orang Islam berasingan di markas mereka di negeri ini, suatu perkara yang tidak seharusnya berlaku dalam masyarakat muslim di negara ini.

Muftinya, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menegaskan, perbezaan fahaman politik atau pendapat dalam kalangan umat Islam tidak sepatutnya menyebabkan perkara seumpama itu berlaku seperti mana kejadian dua imam, perceraian dalam perkahwinan dan putus silaturahim yang pernah dilaporkan suatu masa dahulu.

Kata beliau, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di bawah raja pemerintah telah membuat keputusan bahawa penentuan lokasi kubur bagi orang Islam di negeri ini hendaklah ditentukan oleh pihak berkuasa agama negeri selaku ulil Amri.

“Pihak jabatan ini menasihati agar sikap berlebihan dalam berpuak dan berkumpulan hendaklah dielakkan.

“Orang muslim bersaudara sekali pun jika ada perbezaan pendapat dalam kalangan kita. Sesiapa sahaja tidak boleh menganggap dirinya lebih baik daripada pihak lain sehingga perlukan perkuburan yang berasingan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

 

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

<body bgcolor="#ffffff" text="#000000"> <a href="http://links.idc1998.com/?fp=MB9AQtWmE8H%2Bw3SZE7KAuWQitIPO05BoVOapJntDHxg7ME%2BMsIhED82UPWdR8%2FalpyjMyNUDleR%2FVQM%2FIeqVJw%3D%3D&prvtof=XQb7ZBx4WEZjgedP7eMo1WQfqd6uEaTyhDraHEWG%2FLo%3D&poru=hocczJQLnAB9tAa4Ytw0948rtvB9eeW00Pu3yvU%2Bn9iIp%2FhvlBV084qcNxXZyyxYTuyhbsCl3LhRxJXrpv8m1g%3D%3D&type=link">Click here to proceed</a>. </body>