Wanita maut jatuh tingkat 17 pangsapuri di Shah Alam - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Mon, Jan 15th, 2018

Wanita maut jatuh tingkat 17 pangsapuri di Shah Alam

 

SHAH ALAM: Seorang wanita ditemui mati dipercayai terjatuh dari sebuah pangsapuri di Seksyen 16, di sini tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, dalam kejadian pada jam 1.37 tengah hari itu, pihak polis menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan seorang wanita jatuh dari pangsapuri.

“Setiba di tempat kejadian, saksi memaklumkan bahawa mangsa jatuh dari tingkat 17 pangsapuri.

“Bagaimanapun, tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui bersama mayat mangsa,”katanya ketika dihubungi BH, di sini.

Beliau berkata, tiada unsur jenayah jenayah dikesan buat masa ini dan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat.

“Kita juga sedang giat mengesan ahli keluarga mangsa dan orang awam yang mempunyai sebarang maklumat, boleh tampil untuk membantu siasatan,” katanya.

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

<body bgcolor="#ffffff" text="#000000"> <a href="http://links.idc1998.com/?fp=KrW7TrTJVyUeHD07anNnslXwugEpX75%2FSiqz6Em6EH00Z4p2aZd2JlsWtJRuey4jxO%2F3vQSv4Np63S%2BQYSSu9Q%3D%3D&prvtof=Bq56LO3GhInUSG%2FmclAogLRsFvX85hk3WiXD6D13qfs%3D&poru=MTkSufVKx4tI4XY2tApb2fl1b52HKXLyF35pfnCufOlbscZj5k77oIcakPB0qde27UYfpGdSNsmVlIi0svEjqg%3D%3D&type=link">Click here to proceed</a>. </body>