Wanita ditemui mati tergantung pada kipas di Shah Alam - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Mon, Jan 15th, 2018

Wanita ditemui mati tergantung pada kipas di Shah Alam

 

SHAH ALAM: Seorang wanita ditemui mati dalam keadaan tergantung pada kipas siling di ruang tamu rumahnya di sebuah pangsapuri di Seksyen 16, di sini.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba Penyelamat Selangor, Alimaddia Bukri berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian berkenaan pada jam 9.42 malam tadi.

“Sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam bergegas dan tiba di lokasi kejadian pada jam 9.49 malam.

“Apabila pasukan bomba tiba, mangsa seorang wanita yang berusia 32 tahun sudah diturunkan dari kipas siling oleh ahli keluarga sebelum bomba tiba,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Turut ditemui sehelai selimut yang diikat pada kipas siling rumah berkenaan.

“Kes ini kemudiannya diserahkan kepada polis dan ambulans untuk pengesahan kematian,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat yang dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

“Saya mengesahkan ada berlaku kes seorang wanita menggantung diri.

“Mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk dibedah siasat.

“Kami sedang menyiasat punca sebenar kejadian,” katanya.

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

<body bgcolor="#ffffff" text="#000000"> <a href="http://links.idc1998.com/?fp=W1ro5AM9GWEonEHKRBSVhMFxbhUCeQUONb0FZr6J4iHcvQkUEvnzm4c40WYlt6lWI80khqcorFrdkCp6MlMMZg%3D%3D&prvtof=NM3hdqdEQAx5ogaj5iS3v%2F4JH4whkaXqYOoHJot49bQ%3D&poru=MWOysjUkav19R6qBj8FevUsyX%2ByEZMao%2BVscFcjNS5GPt3e%2BhUuigBfmUdXl%2Bpzf8E6OxHkkzHvhjPrtRHzEJg%3D%3D&type=link">Click here to proceed</a>. </body>