Kereta jatuh gaung akibat jalan runtuh, warga emas cedera - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Mon, Jan 15th, 2018

Kereta jatuh gaung akibat jalan runtuh, warga emas cedera

 

MERSING: Seorang lelaki berumur 60 tahun cedera ringan apabila kenderaan yang dinaiki terjatuh ke dalam gaung akibat tanah runtuh dan mendap di kilometer 16, Jalan Jemaluang-Mersing.

Kejadian itu dipercayai berlaku jam 2.30 pagi.

Mangsa bersama penumpang dirujuk ke Hospital Mersing untuk pemeriksaan lanjut.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superitenden Cyril Edward Nuing yang mengesahkan kejadian berkata jalan runtuh itu adalah jalan utama melibatkan kedalaman cerun 15 meter dengan keluasan 70 meter.

Katanya, laluan tersebut tidak selamat untuk dilalui mana-mana kenderaan ringan atau berat dan ia kini ditutup sepenuhnya.

 

 

Orang ramai boleh menggunakan jalan alternatif iaitu Jalan Nitar-Jemaluang untuk ke arah Johor bahru atau Mersing.

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

<body bgcolor="#ffffff" text="#000000"> <a href="http://links.idc1998.com/?fp=LNujjSixt9Tn1jXkZHjizziiV1zUkv2%2BLwZ3HMNXBye%2BYBZm4RRtfGDR%2Btt%2FLvnQR%2FpsEHXhpsKo7vm5MfuonA%3D%3D&prvtof=g4mVgLox0nOtQsFw9Fyqil1O4LYhHzW0QbwatYRz2ZE%3D&poru=QeY45kIXgahMIX7a1c3iA5kS3hNI%2F%2BU8xAi2Tn9llvJryzYH5tJsohOLYwe7Us0kNtk8rBP%2BSn8HOoqznHUEyA%3D%3D&type=link">Click here to proceed</a>. </body>