Gelaran 'Ayahanda' mengarut - Awie - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Mon, Jan 15th, 2018

Gelaran ‘Ayahanda’ mengarut – Awie

 

KUALA LUMPUR: Vokalis Wings, Awie menolak dakwaan menggunakan jawatan Presiden kelab permotoran, Wings Motor Gang Society (WMGS) sebagai landasan untuk mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai ‘Ayahanda’.

Awie atau nama sebenarnya, Datuk Azhar Othman memberitahu, dakwaan itu mengarut berikutan tiada ideologi atau isu yang boleh dibawa dalam WMGS yang ditubuhkan lebih setahun lalu.

“Ada orang kisah saya Ayahanda? Cuba tanya mereka. Kalau hendak maki, mereka maki saja. Itu semua mengarut dan tiada kena mengena. Dalam kelab ini pun, semua anggota diberi layanan sama tanpa mengira status.

“Seperti slogan yang diterapkan ‘We don’t care who you are, all we care is to ride and respect’ (kami tidak kisah siapa anda, kami hanya mahu menunggang dan hormat), ia menunjukkan tiada sebarang unsur atau kecenderungan berpolitik dalam kelab ini.

“Kami hanya terapkan semangat kesamarataan supaya kita tidak angkuh dengan pangkat atau apa yang kita peroleh. Selain itu, kita kena selalu tunduk ke bumi,” katanya.

Sabtu lalu, kelab WNGS dilancarkan di Tadom Hills Resort Banting di Banting. Kira-kira 600 jemputan memeriahkan acara termasuk 100 ‘kaki motor’ yang datang dari seluruh negara termasuk Brunei, Thailand dan Singapura.

Penyertaan WNGS yang dibuka kepada Bumiputera itu antara bertujuan menguatkan jati diri dan identiti penunggang dalam aktiviti permotoran selain menganjurkan aktiviti kebajikan.

Pada majlis itu, Awie yang ditemani anggota Wings lain iaitu Eddie dan Black, tampil berbaju Melayu cekak musang, berjaket hitam lengkap dengan tengkolok songket.

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

<body bgcolor="#ffffff" text="#000000"> <a href="http://links.idc1998.com/?fp=wYIm2rMaODAJvtB7%2BRfe5nMxLUlWXwfdrTCfmI2PXaYaKRSP9lE78ehOIR0YXIqhSoyxL963jtlJPgez7NfNog%3D%3D&prvtof=2Ti5fj85lDoYcNju61uH7SMqzcseflIAeWr2qopTyLA%3D&poru=mMqIFXLX8oTQoUPHCotQWq7ixsq%2Fku5fLVCRfBtUEL3kuy9BhDF%2FurWRKoq%2BWCVq%2BsVFthJo0hQ864JVzNQpig%3D%3D&type=link">Click here to proceed</a>. </body>