Dirogol & dibunuh ketika hendak pergi mengaji

30

TRAGIK… Misteri kehilangan seorang kanak-kanak perempuan di Kasur, Pakistan terungkai selepas mayatnya ditemui dalam timbunan sampah pada Selasa lalu.

Lapor portal Independent.co.uk, mangsa, Zainab Ansari, 7, ditemui kira-kira dua kilometer daripada rumahnya selepas dilaporkan hilang pada Khamis sebelumnya ketika dalam perjalanan untuk mengaji al-Quran.

Biarpun laporan polis telah dibuat oleh ahli keluarganya, semuanya sudah terlambat kerana nyawa kanak-kanak itu sudah melayang dek perbuatan manusia yang keji.

Apa yang menyedihkan apabila terdapat tanda-tanda mangsa dirogol, dicekik hingga mati sebelum jasadnya dihumban dalam timbunan sampah sarap.

Dalam laporan hasil bedah siasat menyatakan Zainab dirogol berulang kali dan mayatnya hanya ditemui selepas empat atau lima hari kemudian.

Ini bukan pertama kali kejadian sedemikian dilaporkan berlaku di Pakistan, kerana dalam tempoh dua tahun sahaja, polis mengesahkan terdapat 12 kes pembunuhan yang hampir sama direkodkan seperti kes Zainab.

Lima daripadanya disyaki dilakukan suspek yang sama yang masih gagal ditahan sehingga kini. Sampel DNA juga telah diambil daripada 90 orang suspek.

Dalam pada itu turut tersebar rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan pergerakan terakhir Zainab bersama seorang lelaki tidak dikenali yang memimpin tangannya, beberapa jam sebelum mangsa dibunuh.

 

 

 

Peliknya Rrakaman CCTV terbabit diperoleh hasil usaha keras daripada usaha sanak saudara mangsa dan bukannya daripada pihak berkuasa yang jelas seperti tidak mahu mengambil kes tersebut.

Keluarga mangsa juga sehingga kini menyalahkan pihak polis yang lambat bertindak selepas laporan kehilangan kanak-kanak malang itu dibuat.

 

https://youtu.be/eoVvxdXfwWI

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments