Lelaki guna kereta kebal semata-mata mahu curi sebotol arak - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Fri, Jan 12th, 2018

Lelaki guna kereta kebal semata-mata mahu curi sebotol arak

 

SEORANG lelaki di Russia mencuri kereta kebal dari sebuah pusat latihan tentera di Murmansk dan menggunakannya untuk merempuh pasar raya semata-mata bagi mencuri sebotol wain.

Menurut laporan Daily Mail, ketika dalam perjalanan ke pasar raya itu, kereta kenal dipandu lelaki berkenaan menggilis sebuah kereta.

Sampai di pasar raya, dia merempuh dinding kaca kedai, melompat keluar dan masuk ke dalam pasar raya mencuri sebotol wain merah jenama Crimea.

Lelaki itu kemudian melarikan diri, meninggalkan kereta kebal terbabit namun berjaya ditahan polis.

Kereta kebal yang dicurinya ialah jenis M-1970.

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (5)