Bekas ketua Yakuza akhirnya ditangkap

49

SELEPAS 15 tahun melarikan diri, akhirnya ketua gangster Yakuza, Shigeharu Shira yang melarikan diri dari Jepun dan menetap di Thailand berjaya ditangkap selepas gambarnya yang dirakamkan oleh seorang pelancong tersebar.

Polis mengenalpasti Shira menerusi tatunya yang sama dengan tatu anggota kumpulan jenayah Yakuza yang lain serta ibu jarinya yang kudung.

Jari berkenaan kudung selepas ditetak sebagai hukuman kerana melanggar peraturan kumpulan terbabit.

Shira yang kini berusia 74 tahun hidup dengan bersembunyi bersama isterinya yang berketurunan Thailand. Gambarnya dirakamkan oleh pelancong ketika sedang bermain catur di sebuah taman di Loburi, awal bulan ini.

Gambar terbabit telah menarik perhatian pegawai polis yang memburunya lalu mereka memaklumkan kepada pihak berkuasa Thailand. Shira akhirnya ditangkap.

 

 

Dia melarikan diri dari Jepun pada 2003 selepas didakwa membunuh penolongnya dan terlibat dalam beberapa pergaduhan berdarah melibatkan kumpulan samseng. Dia tiba di Thailand pada 2005.

Sepanjang tempoh tersebut dia menetap di hotel dan rumah rakannya untuk mengelak daripada dikesan polis namun selepas kehabisan wang, dia dan isterinya terpaksa tinggal di taman terbabit.

Menurut polis, Shira akan didakwa dengan kesalahan imigresen kerana menetap di Thailand secara haram dan selepas itu barulah dia akan diserahkan kepada pihak berkuasa di Jepun.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments