Muak dengan drama kisah cinta, Beto buka mulut lagi - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Thu, Jan 11th, 2018

Muak dengan drama kisah cinta, Beto buka mulut lagi

Setelah berduyun duyun drama adaptasi novel dan kisah cinta yang disajikan kepada penonton, sekali lagi pelakon Beto Kusyairi membuka mulut mengenai isu ini.

 

 

Beto atau nama sebenarnya Nurkusyairy Zakuan Osman, 38, menyuarakan isi hatinya tentang lambakan drama kisah cinta menerusi akaun Twitter miliknya, Selasa lalu.

“Tak sudah dengan kisah cinta berlainan taraf dan kahwin paksa untuk gabung atau selamatkan empayar perniagan.

“Sampai bila eh kita nak duk kat takuk ni? Ke ini yang majoriti penonton kita nak?”tulisnya di Twitter.

 

 

Sebagai penonton, kita sendiri dapat melihat bahawa drama petang di televisyen kebanyakannya menggunakan plot yang sama dan jalan cerita yang hampir serupa namun hanya watak sahaja ditukar.

Malah, Beto sendiri mengakui bahawa kebanyakan email yang diterimanya mempunyai jalan cerita yang lebih kurang sama.

 

 

Dalam masa sama, ada juga netizen yang mengatakan bahawa sebab utama banyak drama cinta masa kini ialah kerana demand penonton sendiri yang mahukan drama seperti itu disiarkan.

 

 

Tambah pelakon filem Bisik Pada Langit itu lagi, karya yang bagus akan dilihat pada isinya sendiri dan bukan hanya jalan cerita semata-mata.

 

Enrti Beto itu mendapat sambutan balas bukan sahaja daripada netizen malah turut menarik perhatian beberapa selebriti tempatan yang bersetuju dengan kata-kata Beto.

Antara pelakon yang bersama dengan Beto ialah Zahiril Adzim, Nad Zainal, Anas Ridzuan dan Adam Shahz.

 

Menurut Zahiril, persamaan jalan cerita drama seperti itu seringkali disiarkan dalam masa yang dekat dengan drama yang baru selesai.

 

Penonton juga mengharapkan agar akan ada perubahan baharu dalam penerbitan drama Melayu di negara kita agar ia tidak jadi seperti trend dengan hanya siar drama berdasarkan novel semata-mata.

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (26)