Sahutan solat zohor tidak terbalas, rupa-rupanya…

14

Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan mengerikan dipercayai akibat terjatuh daripada pokok mangga dalam satu kejadian di Indonesia, baru-baru ini.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa yang berusia 35 tahun itu sedang memetik buah mangga di kebun miliknya yang terletak di Desa Lete Wungana, wilayah Nusa Tenggara Barat.

Memetik sumber difahamkan, ketika kejadian mangsa dipercayai tergelincir sebelum terjatuh lalu tubuhnya ditusuk tunggul kayu tajam sebesar kaki yang tumbuh tepat di bawah pokok mangga berkenaan.

 

 

 

 

Mayat lelaki tersebut ditemui oleh seorang pemilik tanah bersebelahan kebun mangsa yang berasa pelik kerana sahutan untuk pulang yang diberikan tidak menerima sebarang balasan.

Mangsa yang tidak didedahkan nama itu dipercayai maut di tempat kejadian dan insiden itu disedari pemilik kebun berkenaan sekitar 1.30 petang ketika hendak ajak mangsa pulang bagi menunaikan solat Zohor.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments