Pasangan masih muda dicekup khalwat di apartment

50

 

Pasangan remaja masing-masing berusia 17 tahun dicekup anggota penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) selepas disyaki berkhalwat di rumah ibu angkat mereka di apartmen di Mantin, Nilai, hari ini.

Sumber berkata, anggota penguatkuasa yang menerima aduan penduduk menjalankan serbuan di premis terbabit, 12.30 tengah malam.

Katanya, kedua-dua suspek dipercayai bersekedudukan sebelum anggotanya mengetuk pintu rumah.

“Sedar kehadiran pihak berkuasa, remaja lelaki cuba terjun tingkat satu kediaman, namun, dia membatalkan hasrat sebaik dinasihati anggota JHEAINS,” katanya.

Sumber itu berkata, suspek mendakwa berduaan di rumah akibat kepenatan selepas menziarahi anak kepada ibu angkat mereka yang dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban.

“Pemeriksaan mendapati hanya dua remaja itu berada di kediaman manakala ibu angkat mereka berada di hospital,” katanya.

Menurutnya, remaja lelaki memberitahu tinggal di bilik berasingan namun pemeriksaan mendapati barang peribadi milik mereka berada dalam bilik yang sama.

“Remaja perempuan mendakwa bapanya yang tinggal di Lenggeng yang menghantarnya untuk bermalam di rumah itu,” katanya.

Sementara itu Ketua Unit Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS, Ahmad Zaki Hamzah dihubungi mengesahkan penahanan mengikut Seksyen 61 (1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992. – Metro

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments