Mahathir bertemu Anwar hari ini - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Wed, Jan 10th, 2018

Mahathir bertemu Anwar hari ini

 

KUALA LUMPUR: Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad yang dinamakan calon perdana menteri oleh Pakatan Harapan pada Ahad lalu, akan bertemu Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, jam 4 petang hari ini.

Rancangan pertemuan dua pemimpin yang suatu ketika dahulu pernah bermusuhan diumumkan melalui jemputan media oleh PKR petang semalam.

Pertemuan dua pemimpin pembangkang itu akan diadakan di Hospital Rehabilitasi Cheras iaitu tempat Anwar menjalani pemulihan selepas pembedahan bahu pada November tahun lalu.

Susulan tindakan Pakatan Harapan itu, Dr Mahathir berdepan rungutan terutama daripada beberapa kumpulan dalam PKR serta Parti Amanah Negara.

Penolakan itu dibuat walaupun selepas Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar membacakan kenyataan Anwar yang menyatakan beliau menerima keputusan pakatan itu.

Bagaimanapun, Anwar tidak menyebut secara khusus nama Dr Mahathir dalam kenyataan itu.

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (8)