Industri filem porno semakin kebimbangan - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Wed, Jan 10th, 2018

Industri filem porno semakin kebimbangan

 

Bintang filem lucah, Olivia Nova, 20, telah meninggal dunia secara mengejut. Mayatnya ditemui di Los Angeles pada Ahad namun punca kematian masih belum diketahui.

Agensi yang menguruskannya, Direct Models ketika mengesahkannya berkata, Nova berasal dari Minnesota dan memulakan kariernya dalam industri filem lucah pada Mac tahun lepas.

Nova menjadi bintang filem porno yang keempat meninggal dunia dalam secara mengejut. Tiga yang lain adalah Stylez, 35, August Ames, 23, dan Yuri Luv, 31.

Stylez meninggal dunia ketika tidur di rumah ibunya Disember lalu manakala Ames pula membunuh diri selepas menjadi bahan `troll’ di media sosial.

Seminggu selepas kematian Ames, Yuri pula meninggal dunia akibat dadah.Dengan empat kematian dalam masa beberapa bulan ini, industri filem lucah di Amerika Syarikat kini berasa bimbang.

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (14)