Gadis diperkosa kenalan WeChat di bilik kantin sekolah - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Wed, Jan 10th, 2018

Gadis diperkosa kenalan WeChat di bilik kantin sekolah

 

REMBAU – Seorang pekerja kantin sebuah sekolah rendah di daerah ini ditahan selepas dipercayai merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun, yang juga merupakan pelajar di sebuah sekolah menengah di Seremban.

Difahamkan, bapa mangsa berusia lingkungan 70an membuat laporan di Balai Polis Chembong awal pagi kelmarin dan suspek ditangkap dalam tempoh 24 jam laporan dibuat.

Pemangku Ketua Polis Daerah Rembau, Asistan Superintendan Nazruel Ekram Abu Shari berkata, suspek iaitu remaja berusia 17 tahun bukan berasal dari daerah ini ditangkap di bilik kantin sekolah tempatnya bekerja.

“Suspek kini akan direman dan tempoh tahanan reman yang dipohon adalah selama tujuh hari bermula hari ini (semalam) sehingga 15 Januari ini, bagi membantu siasatan berhubung kes rogol bawah umur berkenaan.

“Mangsa yang baru kira-kira empat bulan mengenali suspek melalui WeChat dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di Seremban bagi pemeriksaan lanjut,” katanya.

Nazruel berkata, berdasarkan siasatan awal suspek pertama kali bertemu dengan mangsa pada pagi Jumaat lalu di tepi jalan sebuah taman perumahan di sekitar Senawang.

Menurutnya, mangsa kemudiannya dibawa bersiar-siar menaiki kereta di sekitar Senawang.

“Suspek kemudiannya mahu menghantar mangsa kembali ke rumah, namun ditolak mangsa dan menyatakan dia telah lari dari rumah pada hujung Disember lalu.

“Suspek kemudiannya membawa mangsa ke kantin sekolah dan membiarkan mangsa berehat di sekitar kawasan berkenaan.

“Selepas suspek tamat bekerja pada waktu persekolahan sebelah petang, suspek bawa mangsa ke bilik kantin untuk bermalam di sana dan berlaku hubungan intim antara mereka,” katanya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (1)