Pukul ibu kerana tak dapat duit, anak derhaka dipenjara 7 tahun - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Tue, Jan 9th, 2018

Pukul ibu kerana tak dapat duit, anak derhaka dipenjara 7 tahun

 

 

 

 

KUANTAN 9 Jan. – Seorang pemotong rumput dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan mencederakan ibunya menggunakan batang besi mesin pemotong rumput dalam kejadian di Felda Bukit Sagu 1, di sini Khamis lalu.

Mohd. Rafi Ab. Aziz, 25, mengaku bersalah sambil merayu mahu berjumpa ibunya, Mea’ah Abd. Majid, 64, selepas pertuduhan dibacakan di depan Hakim Siti Aminah Ghazali.

Berdasarkan pertuduhan, anak bongsu enam beradik itu didapati dengan sengaja menghentak kepala ibunya menggunakan batang besi mesin pemotong rumput sehingga menyebabkan kecederaan warga emas berkenaan di rumah mereka dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang pada 4 Januari lepas.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Haryati Abdullah.

Akhbar sebelum ini melaporkan, kejadian berpunca daripada suspek yang tidak berpuas hati apabila ibunya enggan memberikan duit.

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (14)