Najis berselerak, pesawat terpaksa melencong - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Mon, Jan 8th, 2018

Najis berselerak, pesawat terpaksa melencong

 

Pesawat yang dalam perjalanan dari Chicago ke Hong Kong terpaksa melakukan pendaratan yang tidak dirancang di Alaska selepas seorang penumpang telah mengotorkan tandas kapal terbang itu.

Penerbangan 895 United Airlines telah melencong ke Anchorage selepas penumpang itu menyebabkan kedua-dua tandas di pesawat itu tidak dapat digunakan kerana dipenuhi najis.

Lelaki yang disyaki bertanggungjawab melakukan perbuatan itu juga cuba membuang kemeja yang dipakainya menerusi lubang tandas.

Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai lelaki itu tidak didedahkan, tetapi pihak keselamatan berkata kejadian itu tiada kaitan dengan pengganas.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan susulan kejadian itu.

Jurucakap FBI, Staci Feger-Pellessier berkata, seorang penumpang yang tidak dapat mengawal dirinya telah mencetuskan kekecohan dalam pesawat.

Polis Lapangan Terbang Anchorage, Lt Joe Gamache menambah, pemuda berusia 22 tahun itu tidak mengganggu tugas kru penerbangan itu.

Lelaki itu juga tidak ditahan sebaik mendarat di Anchorage, sebaliknya dia ditemubual pihak berkuasa lapangan terbang itu.
Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2018/01/08/najis-pesawat/#BJzvLFvoVugjWjOm.99

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (24)