Barcelona tak sabar 'tayang' Coutinho - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Mon, Jan 8th, 2018

Barcelona tak sabar ‘tayang’ Coutinho

 

BARCELONA: Philippe Coutinho akan diperkenalkan sebagai bintang baru yang dibeli Barcelona hari ini ketika jurulatih Ernesto Valverde membayangkan pemain bola sepak ketiga termahal dunia itu akan mampu menyesuaikan diri dengan pasukan yang turut memiliki bintang global Lionel Messi.

Perancang serangan Brazil itu berada di bandar Sepanyol itu semalam untuk memuktamadkan perpindahan bernilai 160 juta euro (RM769.2 juta) dari Liverpool tetapi hanya akan diperkenalkan kepada media pada hari ini.

“Coutinho adalah pemain yang saya fikir mampu memberi banyak sumbangan kepada kami,” kata Valverde.

“Dia pembelian yang penting.”

 

 

Valverde mengakui ia satu cabaran untuk memasukkan pemain berusia 25 tahun itu ke dalam pasukan yang memiliki bintang sehebat Messi, Luis Suarez dan Andres Iniesta.

“Kita akan lihat sehingga saya melihatnya berlatih sekurang-kurangnya sehari sebelum bercakap mengenainya.

Saya pernah melihatnya bermain di pelbagai posisi -di bahagian kanan, kiri, tengah dan sayap.

“Kami akan membuat penilaian tetapi sudah pasti saya tidak fikir dia akan bermain sebagai penjaga gol.”

Barca, pendahulu liga Sepanyol itu menewaskan Levante 3-0 di Camp Nou awal pagi tadi tetapi Coutinho tidak berada di bangku penonton ketika kelab mahukan tumpuan penuh terhadap perlawanan dan bukan pemain baru mereka.

Namun mereka masih memberi tumpuan terhadap ketibaannya.

Bem-vindo! Welcome! Benvingut! ¡Bienvenido! (Selamat datang)” Barca menyampaikan mesej kepada Coutinho menerusi Twitter diikuti tanda lambaian tangan dan video memaparkan jersi yang tertulis namanya di lokar pemain.

Pembelian Coutinho – yang turut membabitkan klausa pelepasan bernilai 400 juta euro (RM1.92 bilion) adalah perpindahan ketiga terbesar dalam bola sepak.

Rekodnya belum dapat mengatasi Paris Saint-Germain dengan rekod dunia 222 juta euro (RM1.06 bilion) untuk pembelian Neymar dari Barcelona tahun lalu yang turut mendapat penyerang Perancis, Kylian Mbappe dengan kontrak bernilai 180 juta euro (RM865.5 juta).” – AFP

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (17)