Demi minyak pengasih, 25 anak muda sanggup diliwat dukun - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Fri, Jan 5th, 2018

Demi minyak pengasih, 25 anak muda sanggup diliwat dukun

 

INDONESIA – Seorang dukun di Jakarta ditahan polis setelah didakwa meliwat kira-kira 25 anak muda yang meminta bantuannya.

Kisah pelik WS alias Babeh ini bermula selepas dia dikatakan mampu membekalkan minyak pengasih, yang menyebabkan ramai anak muda, khususnya lelaki, datang bertemu dengannya untuk meminta minyak pengasih itu.

Namun ada syarat-syarat tertentu yang perlu dipatuhi, antaranya pemberian sejumlah wang.

“Mereka yang gagal menyediakan wang berkenaan, akan diberi pilihan sama ada mahu ‘disumpah si.al selama 60 hari atau diliwat’.

“Mangsa akan diminta untuk membayar sejumlah wang. Jika gagal memberikan wang, suspek akan meliwat mangsa, tetapi jika mangsa masih enggan, suspek akan mengugut mangsa akan disumpah selama 60 hari.

“Kebanyakan mangsa masih muda, jadi apabila diugut, mereka takut,” kata jurucakap polis, M. Sabilul Alif.

Menurut laporan media tempatan, bukan sahaja diliwat, mereka yang terbabit juga akan disuruh menelan bola logam kecil, yang didakwa sebagai salah satu ritual wajib jika mahukan minyak pengasih itu berkesan.

Babeh yang tinggal bersendirian kerana isterinya bekerja di Malaysia, dikatakan mereka-reka cerita tentang minyak pengasih itu yang mempopularkan perkhidmatannya sebagai dukun kampung.

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (12)