Penumpang Ryanair keluar pesawat duduk atas sayap

55

 

MADRID: Seorang penumpang pesawat Ryanair dari London ke Malaga di selatan Sepanyol, yang bosan menunggu di dalam kapal terbang sebaik tiba, bertindak keluar dan duduk di atas sayap.

“Kami menunggu kira-kira sejam setengah untuk keluar dari pesawat. Lelaki berkenaan dengan tenang berjalan ke arah pintu kecemasan, membukanya, kembali mendapatkan beg sandangnya dan keluar duduk di atas sayap,” kata seorang penumpang, Fernando del Valle.

Del Valle merakamkan kejadian itu dan menyiarkannya di laman Facebook beliau.

Rakaman itu menunjukkan seorang lelaki berjalan di atas sayap pesawat, meletakkan begnya dan duduk bersebelahan beg itu.

“Juruterbang tergamam. Beliau bertanya siapa yang keluar berjalan di atas sayap,” kata del Valle.

Lelaki yang usia dan identitinya tidak didedahkan itu segera ditahan, kata Ryanair dalam kenyataan. – AFP

 

 

https://youtu.be/00IPStyeMRU

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments