Naya…gam gajah disangka ubat titis mata - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Thu, Jan 4th, 2018

Naya…gam gajah disangka ubat titis mata

 

MALANG menimpa seorang lelaki apabila dia tersalah guna ubat titis mata. Rupa-rupanya ia merupakan gam gajah, bukannya ubat doktor. Kedaan ini menyebabkan matanya tidak boleh dibuka.

Lelaki itu kemudian panik. Dia ke hospital mata di Oxford dalam keadaan sakit. Menurut doktor, lelaki itu bernasib baik kerana dia membasuh matanya, jika tidak keadaan menjadi lebih teruk.

Kejadian ini dilaporkan dalam British Medical Journal dan kes menakutkan itu yang berlaku pada minggu ini merupakan salah satu daripada 15,000 kes yang diterbitkan oleh majalah terbabit.

Kes ini mendapat perhatian disebabkan gam gajah itu dijual dalam botol yang sama dengan botol untuk ubat mata.

Ia dilaporkan sering berlaku sejak 1982 lagi. Selain itu, kes ini juga memberi peringatan kepada profesional dalam bidang perubatan untuk membuat laporan kepada pengilang atau pihak berkuasa bagi pihak pesakit.

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (24)