Najib lancar portal rasmi BN ‘theRakyat’

16

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini melancarkan theRakyat, yang merupakan portal rasmi Barisan Nasional (BN), untuk pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Dilancarkan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, portal yang boleh dilayari menerusi laman therakyat.com itu antara lain mempunyai segmen seperti temu bual, majalah, analisis, ‘e-rakyat’, infografik, galeri, ‘soundtrack‘ dan manifesto yang menggunakan ciri-ciri terkini dalam memastikan mesej yang disampaikan lebih dinamik dan menarik.

Selain itu, portal yang menggunakan slogan ‘Dahulukan Rakyat’ itu akan memaparkan profil dan maklumat mengenai calon BN yang akan bertanding pada PRU14 selain menjadi platform untuk rakyat mengetahui rancangan dan janji BN untuk Malaysia bagi tempoh lima tahun akan datang.

Segmen temu bual memuatkan program Bicara 4 Mata yang mengutarakan pelbagai isu rakyat dan isu semasa seperti ekonomi, sosial, politik dan kemanusiaan.

theRakyat merupakan kesinambungan kepada ‘bulletin e-rakyat‘ yang dilancarkan Najib pada 29 Mac lepas. Ia turut boleh diakses di laman sosial Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments