Mahfuz dedah Mahathir dalang tragedi Memali - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Wed, Jan 3rd, 2018

Mahfuz dedah Mahathir dalang tragedi Memali

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar pernah mendakwa di Parlimen bahawa bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengarahkan serangan ke atas Kampung Memali, Baling, Kedah pada 19 November 1985.

Ahli Akademik Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff berkata, Mahfuz pada tahun 2002 mendakwa arahan serangan keatas penduduk kampung tersebut dibuat secara terus oleh Mahathir yang kini menjadi Pengerusi Pakatan Harapan.

“Justeru, masanya sudah tiba untuk keadilan ditegakkan,” katanya di Facebook semalam.

Mahathir sejak menyertai Pakatan Harapan diwar-warkan sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan jika pembangkang menang Pilihan Raya Umum Ke-14.

Pakatan Harapan dibarisi DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)

Kamarul berkata, menjadi harapan semua pencinta kebenaran supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja diwujudkan bagi menyiasat peristiwa serangan Memali.

Menurut beliau, rakyat mahu tahu individu yang bertanggungjawab mengorbankan banyak nyawa penduduk kampung yang tidak bersalah dalam tragedi tersebut.

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (26)