Liverpool beli pertahanan Southampton dengan rekod dunia

13

 

LIVERPOOL: Kelab Liverpool mengikat pemain Southampton, Virgil van Dijk pada harga dilaporkan sebanyak 75 juta pound sterling (RM409.596 juta) dalam perjanjian pembelian yang menyaksikan dia sebagai pertahanan paling mahal di dunia.

“Kelab Bolasepak Liverpool mengesahkan ia sudah mencapai persetujuan dengan Southampton untuk perpindahan Virgil van Dijk,” kata satu kenyataan menerusi laman sesawang kelab berkenaan.

Rekod perpindahan dunia bagi pemain pertahanan sebelum ini adalah sebanyak 54 juta pound sterling (RM294.909 juta) membabitkan pembelian bek kiri England, Kyle Walker oleh Manchester City pada penutup musim. – AFP

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments