10 perpindahan pemain termahal dunia

83

 

LONDON: Kelab Liverpool menandatangani pemain Southampton, Virgil van Dijk dengan perjanjian pembelian sebanyak 75 juta juta pound sterling (RM410.59 juta) di Liverpool, sebentar tadi.

Ia adalah rekod termahal dunia membabitkan pemain pertahanan dan sekali gus meletakkan bintang Belanda itu sebagai antara rekod perpindahan 10 pemain termahal dunia.

Berikut adalah senarai penuh pembelian pemain dengan rekod dunia:

1. Neymar, Barcelona ke Paris Saint-Germain (PSG), 2017 (200.6 juta pound sterling – RM1.098 bilion)

2. Ousmane Dembele, Borussia Dortmund ke Barcelona, 2017, (96.8 juta pound sterling – RM529.93 juta)

3. Paul Pogba, Juventus ke Manchester United, 2016, (89 juta pound sterling – RM487.23 juta)

4. Gareth Bale, Tottenham Hotspur ke Real Madrid, 2013, (85.3 juta pound sterling – RM466.97 juta)

5. Cristiano Ronaldo, Manchester United ke Real Madrid, 2009, (80 juta pound sterling – RM437.96 juta)

6. Gonzalo Higuain, Napoli ke Juventus, 2016, (75.3 juta pound sterling – RM412.23 juta)

7. Romelu Lukaku, Everton ke Manchester United, 2017, (75 juta pound sterling – RM410.59 juta)

> Virgil van Dijk, Southampton ke Liverpool, 2018 (75 juta pound sterling – RM410.59 juta)

9. Luis Suarez, Liverpool ke Barcelona, 2014, (65 juta pound sterling – RM355.84 juta)

10. James Rodriguez, Monaco ke Real Madrid, 2014, (63 juta pound sterling – RM344.89 juta)

Nota:

* Perpindahan Kylian Mbappe membabitkan nilai 160 juta pound sterling (RM875.92 juta) dari Monaco ke PSG akan diselesaikan pada Jun ini iaitu selepas berakhirnya tempoh pinjaman.

* Perpindahan Neymar pada 2013 daripada Santos ke Barcelona asalnya dilaporkan 48.6 juta pound sterling (RM266.06 juta) tetapi kemudian didedahkan lebih tinggi selepas ia terbabit kes mahkamah. – AFP

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments