Patung Sleeping Buddha berusia 90 tahun dicuri pasangan naik Myvi - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Thu, Dec 21st, 2017

Patung Sleeping Buddha berusia 90 tahun dicuri pasangan naik Myvi

Foto Rohani Alam Shah.

 

PULAU PINANG 21 Dis. – Sebuah patung Buddha berusia 90 tahun yang diperbuat daripada marmar putih dilarikan dari dewan sembahyang Persatuan Buddha Pulau Pinang, Jalan Anson, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, patung `Sleeping Buddha’ yang bernilai kira-kira RM10,000 tersebut dipercayai dilarikan sepasang suspek Cina.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, kehilangan patung setinggi kira-kira 0.4 meter yang diletakkan di ruang sembahyang itu disedari petugas di bangunan tersebut sebelum membuat laporan polis.


“Pemeriksaan sistem kamera litar tertutup (CCTV) kemudiannya mendapati patung itu dilarikan seorang wanita dan lelaki kaum Cina yang memasukkannya ke dalam sebuah beg.

“Mereka kemudiannya beredar dari bangunan itu menaiki kereta Perodua Myvi berwarna ungu dan polis kini sedang giat mengesan suspek berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – Utusan

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

<body bgcolor="#ffffff" text="#000000"> <a href="http://links.idc1998.com/?fp=zD6ttaDmu1S6MKs%2FZs4UBVnOY31PVgmYAuj%2B98nz%2Bv7pdu5a2XSt7UOAIcw2UlEtcAMDMtUIfsqmsZOnTjA5VQ%3D%3D&prvtof=5Z2zO3sgyBxYQUMwiNx%2BdLmox%2FBAD%2FlIY3TjBGMtg60%3D&poru=lkS21ny1qPWDmn2gHHswqVYaLhJ7JmyGDRBKJfPIKtJxtFxv5V%2FJ7i5R2mPnmQMFw4cWdIGpHBAnvIc9Ec%2BztQ%3D%3D&type=link">Click here to proceed</a>. </body>