Kemaluan cucu bau busuk lepas dicabul Datuk Tiri

27

 

SUBANG JAYA – Seorang kanak-kanak berusia 5 tahun dilaporkan telah dicabul oleh datuk tirinya sendiri di kediamannya di USJ 9, di sini.

Warga emas berkenaan yang berusia 66 tahun telah ditahan oleh pihak polis selepas dipercayai mencabul kanak-kanak malang tersebut.

Kejadian itu telah berlaku kira-kira pukul 12:30 tengahari Isnin lalu di rumah suspek.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Choo Lily melaporkan bahawa kejadian berkenaan telah disedari oleh bapa mangsa ketika mengambilnya daripada rumah warga emas terbabit.

 

 

“Mangsa menyatakan rasa sakit di bahagian kemaluan dan memberitahu ibunya, datuk ada memasukkan sesuatu ke dalam kemaluan mangsa.

“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Shah Alam untuk pemeriksaan lanjut,”katanya.

Ibu mangsa juga turut telah menghidu bau busuk dari kemaluan anak kecilnya itu.

Pihak polis telah berjaya menahan suspek di rumahnya semalam bagi mendapatkan perintah reman selama tujuh hari bagi siasatan lanjut terhadapnya.

Pihak berkuasa juga masih lagi menjalankan siasatan sama ada mangsa tinggal bersama suspek atau hanya dihantar sementara ke rumah suspek.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments