Ambulans bawa pesakit dilanggar Myvi dipandu wanita

53

 

BANDAR SERI JEMPOL: Sebuah ambulans yang membawa seorang pesakit angin ahmar ke Hospital Jempol, terbabit kemalangan di Kilometer 10, Jalan Bahau-Kemayan, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim, berkata kejadian kira-kira jam 7.55 malam itu tidak menyebabkan kecederaan terhadap pesakit lelaki berusia 75 tahun, waris serta pemandu ambulans berusia 51 tahun.

Katanya, kejadian dipercayai berlaku apabila ambulans dari Klinik Kesihatan Serting Hilir, di sini, dilanggar oleh sebuah kereta dari arah hadapan, sebaik melepasi lampu isyarat.

“Pertembungan itu menyebabkan bahagian depan kedua-dua kenderaan remuk. Pemandu kereta iaitu wanita berusia 22 tahun itu juga tidak cedera, manakala dua penumpang kereta cedera ringan,” katanya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments