Parodi lelaki jadi perempuan dilaknat – Wan Dazrin

15

Foto Rohani Alam Shah.

 

PENDAKWAH muda, Da’i Wan meluahkan kebimbangan dengan aksi dan gaya remaja lelaki yang berlagak seperti wanita dalam video yang tular di laman sosial.

Pemilik nama Wan Dazrin Wan Din ini berkata, dia bimbang jika gejala ini menjadi lebih parah dalam kalangan masyarakat dan membentuk budaya tidak bermoral.

“Lelaki berpakaian dan berlagak seperti perempuan adalah satu kesalahan di sisi agama Islam dan bukan budaya kita.

“Saya bimbang dengan gejala ini dan malu apabila ada penonton sesama jenis turut meluahkan minat terhadap mereka, malah menyokong aktiviti remaja-remaja lelaki ini.

image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/12/18/dai-wan/~/media/5df45f5d9b5947149818850e4755fcee.ashx?la=en

Da’i Wan mahu berdakwah dengan cara berhemah dan lemah lembut.

“Ia bukan sekadar soal maruah diri dan keluarga. Ia membabitkan maruah agama kita. Apa pandangan orang bukan beragama Islam terhadap kita nanti,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Terdahulu, Da’i Wan menerusi laman Twitter miliknya ada memuat naik sedutan rakaman dan kapsyen menyentuh mengenai isu ini.

“Maaf. Saya perasan semenjak ini banyak video parodi lelaki jadi perempuan. Kalian, Nabi laknat. Bukan dalam umat Nabi. Tiru gaya perempuan. Pakai macam perempuan dengan sengaja.

“Dalam kitab Fathul Bari: At Tobari kata laknat tu maksud ‘Haram’ dan Syeikh Abu Muhammad beritahu ia ‘Dosa besar’ tau,” tulisnya.

image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/12/18/dai-wan/~/media/380456561a5240358e131e16fe5ef648.ashx?la=en

Status yang dimuat naik di laman Twitter miliknya, baru-baru ini.

Sementara itu, bekas peserta Da’i Pendakwah Milenia musim ke 2 ini meminta ibu bapa dan keluarga memantau aktiviti anak-anak mereka.

Ujarnya, teknologi tanpa batasan hari ini memudahkan remaja terjebak dengan perlakuan tidak bermoral.

“Dalam hal ini, ibu bapa dan keluarga memainkan peranan penting, kena pantau aktiviti anak-anak. Tengok selalu apa mereka buat dekat telefon itu.

“Kadang-kadang anak-anak ini leka dengan gajet sampaikan mereka hanyut dengan kehidupan di alam maya dan tak sedar apa yang mereka lakukan itu salah,” pesannya.

image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/12/18/dai-wan/~/media/ff117c76344149b2910f3044a64b256a.ashx?la=en

Da’i Wan teringin bertemu dengan kelompok remaja berkenaan.

Dalam pada itu, pemuda berusia 24 tahun ini memaklumkan dia bersikap terbuka untuk bertemu dengan kelompok remaja berkenaan dalam menyampaikan dakwah.

Malah, dia tidak kisah jika menerima kecaman netizen yang kurang senang dengan caranya memberi teguran.

“Saya terbuka untuk bertemu mereka dan sebenarnya menegur secara tertutup itu lebih baik.

“Walaupun ada yang mengecam meminta saya tidak masuk campur tentang hal ini, saya akan tetap bersuara demi masa depan agama dan anak bangsa,” katanya
Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/12/18/dai-wan/#ghaimIlVm00eSLR5.99

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments