Farid Kamil, Aaron Aziz dapat Datuk

    50

    Foto Rohani Alam Shah.

     

    PELAKON dan pengarah, Farid Kamil Zahari dan artis kelahiran Singapura, Aaron Aziz antara 169 penerima darjah kebesaran dan pingat Pahang sempena memuliakan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, Pekan , hari ini.

    Farid Kamil yang juga Penerbit Filem FKX Sdn Bhd dan Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz masing-masing menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

    Isteri Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Datin Seri Anggraini Sentiyaki mendahului senarai nama penerima pingat yang menerima Darjah Kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri bersama 21 individu lain.
    Penerima lain ialah Penasihat Undang-Undang Pahang, Datuk Shamsulbahri Ibrahim; Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Pahang, Datuk Shafik Fauzan Sharif; Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda Pahang, Datuk Abu Bakar Harun; Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Pahang, Datuk Mohd Johari Hussain; Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-Tugas Khas, Datuk Norol Azali Sulaiman.

    Turut menerima SSAP ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Pahang, Datuk Shahaniza Shamsuddin; Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-Tugas Khas Pahang, Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad; Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Amer Awal; Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP),Prof Datuk Dr Daing Mohd Nasir Daing Ibrahim dan Ketua Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Datuk Dr Mohammed Azman Aziz.

    Sementara itu, lima individu menerima Darjah Kebesaran Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang membawa gelaran Datuk Indera antaranya Pengarah Urusan APEX Capacity Sdn Bhd, Tengku Datuk Yusof Tengku Zainal Karib; Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Laksamana Madya (M) Datuk Mohd Taha Ibrahim; Wakil Peribadi Anggota Parlimen Pekan, Datuk Zainal Abidin Pa’wan dan Pegawai Khas Perdana Menteri Datuk, Mohd Aripin Daud.

    Bagi Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang juga membawa gelaran Datuk, seramai 12 individu menerimanya iaituTimbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Saiful Azly Kamaruddin; Timbalan Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Mohd Roze Shaari; Timbalan Ketua Pengarah Ibu Pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk Paddy Abd Halim;Ketua Jabatan Ortopedik dan Traumatologi Hospital Sungai Buloh, Datuk Dr Zamyn Zuki Mohd Zuki.

    Penerima lain ialah bekas Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, Ab Qahar Osman; Timbalan Ketua Setiausaha (Dua Hala) Kementerian Luar Negeri, Raja Nushirwan Zainal Abidin; Ketua Pengarah Sekretariat Kebangsaan Asean-Malaysia Kementerian Luar Negeri,S Jojie Samuel;Pakar Kardiologi dan Perubatan Hospital Pusrawi Sdn Bhd, Dr Azar Azman Abu Bakar dan Pengarah Ibam Mining Sdn Bhd, Tong Yuw Choy.

    Sementara itu, 78 individu pula dianugerahkan DIMP yang membawa gelaran Datuk antaranya Pengarah KGSS Venture Holdings Sdn Bhd, Tengku Ferozdin Tengku Abdul Rahim; Ketua Pengarah Eksekutif Felcra Berhad, Datuk Zulkarnain Md Eusope; Pengarah Kastam Kelantan, Datuk Mohd Nasir Yusoff;Ahli Dewan Negara, Senator Zahari Sarip; Pengarah Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan, Profesor Dr Nasehir Khan E M Yahya,

    Penerima lain adalah Pengarah Hubungan Antarabangsa Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri, Norzuhdy Mohammad Nordin; bekas Wakil Tetap Malaysia ke UNESCO, Mohd Zulkifli Mohammed;Pengarah Urusan Brilliant Star Construction (M) Sdn Bhd, Farah Zarina Johari Faisal Stephen; Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Pahang, Sawalludin Ahmad; Pengarah Bahagian Pemindahan Antarabangsa Bantuan Jabatan Penjara Malaysia, Mohd Zawawi Ab Rahim.

    Sultan Ahmad Shah juga berkenan mengurniakan darjah Setia Ahmad Shah Pahang (SAP) kepada enam penerima, Setia Mahkota Pahang (SMP) lapan individu, Ahli Mahkota Pahang (AMP) 20 penerima, Pingat Khidmat Cemerlang (PKC) enam penerima dan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) kepada 13 individu.

    Comments

    PERINGATAN:

    New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


    comments