Dua pegawai SPRM ditahan Jais - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Sat, Dec 16th, 2017

Dua pegawai SPRM ditahan Jais

Foto Rohani Alam Shah.

 

PETALING JAYA: Dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditahan di sebuah kondominium di Seri Kembangan, Selangor pada awal pagi Sabtu.

Bercakap kepada mStar Online, sumber Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengesahkan mengenai satu tangkapan dalam operasi penguatkuasaannya di Seri Kembangan pada kira-kira pukul 3 pagi.

“Operasi melibatkan empat pegawai penguatkuasaan Jais.

“Bagaimanapun, siasatan masih dijalankan mengenai kedua-dua individu yang ditahan,” katanya ketika ditanya sama ada dua yang ditahan merupakan pegawai SPRM.

Sumber Jais menambah, kenyataan media berhubung tangkapan akan dikeluarkan kemudian.

Difahamkan, kedua-dua pegawai SPRM itu ditahan kerana disyaki dalam keadaan mencurigakan di sebuah unit di kondominium di Taman Equine, Seri Kembangan.

Sementara itu, sumber SPRM ketika dihubungi berkata, pihaknya maklum mengenai dua pegawainya ditahan Jais.

Turut difahamkan, lelaki yang ditahan adalah pengarah di salah satu bahagian SPRM, manakala pasangannya bertugas di bahagian yang mengendalikan urusan Ketua Pesuruhjaya SPRM.

 

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (31)