Penyanyi dipenjara kerana berkelakuan lucah - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Wed, Dec 13th, 2017

Penyanyi dipenjara kerana berkelakuan lucah

 

KAHERAH: Mahkamah Mesir menjatuhkan hukuman penjara dua tahun ke atas penyanyi kurang dikenali semalam kerana tidak senonoh selepas muncul dalam video muzik cuma berpakaian dalam dan memakan pisang dengan gaya lucah.

Lagu Shyma bertajuk ‘I have issues’ mencetuskan kontroversi di media sosial di negara itu.

Penyanyi wanita berkenaan, yang didenda 10,000 pound Mesir (RM2,284) boleh mengemukakan rayuan di mahkamah tinggi.

Pengarah video berkenaan juga didenda dan dijatuhi hukuman dua tahun penjara, tetapi tanpa kehadiran.

Kedua-dua defendan dituduh berkelakuan tidak senonoh dan menghasilkan video yang menjejaskan moral awam.

Shyma, atau nama sebenarnya Shaimaa Ahmed, ditahan pada 18 November lalu sebelum dirujuk kepada pendakwa untuk disiasat.

Beliau menafikan tuduhan itu, berkata pengarah memasukkan adegan kontroversi itu tanpa persetujuannya. – Reuters

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (12)