Fattah tidak ‘muncul’ di rancangan dihoskan Neelofa - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Wed, Dec 13th, 2017

Fattah tidak ‘muncul’ di rancangan dihoskan Neelofa

Foto Rohani Alam Shah.

 

NAMA pelakon Fattah Amin sekali lagi menjadi bualan hangat pada malam Selasa apabila dia dikatakan enggan muncul dalam program Meletop yang dihoskan, Neelofa dan pengacara Nabil Ahmad.

Memetik laporan mStar Online, pihak produksi yang telah membuat pengumuman awal akan kemunculan Fattah dalam rancangan itu bagaimanapun melakukan permohonan maaf ketika rancangan berkenaan sedang ke udara dengan alasan Fattah tidak dapat hadir.

“Kami ingin memohon maaf. Fattah Amin tidak dapat hadir malam ni, disebabkan urusan di luar jangkaan yang tak dapat dielakkan. Tapi jangan risau, nanti kami jemput Fattah Amin & isteri datang sini lagi. Hehe,” kata kenyataan itu menerusi Instagram rasmi program berkenaan.

Dalam pada itu pengurus Neelofa pula dalam laman ‘Instastory’ miliknya berkongsi tulisan berbaur sindiran apabila menganggap seseorang itu tidak profesional apabila sudah tiba namun terus pulang.

Tanpa menyebut siapakah individu itu namun ia dipercayai mempunyai kaitan dengan insiden berkenaan.

Insiden itu menyebabkan ramai peminat menghentam Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 27, yang dikatakan tidak bersikap profesional dan tidak mahu bertemu dengan Neelofa.

Meletop disiarkan setiap Selasa, jam 9 malam.

Fattah dikatakan sudah bersiap sedia berada di belakang pentas untuk muncul dalam program tersebut namun menarik diri pada saat-saat akhir.

Situasi itu berjaya dirakamkan peminat yang berada dalam studio untuk menyaksikan rancangan itu.

Dalam pada itu Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad ketika dihubungi mStar Online memberi komen ringkas dengan berkata, Fattah sememangnya sudah muncul di belakang pentas namun dia ada hal kecemasan dan perlu bergegas pulang.

Terdahulu Fattah pernah dikecam tidak hadir ke program itu pada Mei lalu.

Namun dia memberi alasan tidak menerima sebarang arahan untuk menjadi tetamu pada malam berkenaan.

Pada bulan Jun lalu, Neelofa pula dikecam netizen yang menganggap dia tidak profesional untuk bertentang mata dengan tetamu episod itu, Fattah Amin dan Fazura apabila mengambil pendekatan tidak menjadi pengacara pada malam itu.

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (17)