‘Dibunuh sebelum dibakar’

41

Foto Rohani Alam Shah.

 

BANTING: Kebakaran di sebuah rumah di Tanjung Sepat dekat sini yang meragut empat nyawa diklasifikasikan sebagai perbuatan jenayah apabila polis menemui kesan tetakan pada badan mangsa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad berkata, kesemua mangsa dipercayai dibunuh sebelum dibakar.

“Namun punca sebenar kematian mereka akan disahkan selepas bedah siasat di lakukan,” katanya.

Bedah siasat akan dijalankan pada Khamis.

Pihaknya juga mengklasifikasikan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.50 pagi Rabu, empat sekeluarga yang maut adalah pasangan suami isteri dikenali sebagai Chia Tee Nang, 73, Lim Mai Shak, 68 dan cucu mereka, Chia Yuan Bin, 3, manakala seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang masih belum dikenal pasti.

Sementara itu Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, semua mangsa ditemui selepas api berjaya dipadamkan kira-kira pukul 7 pagi.

 

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments