Beg Aliff Syukri dicuri, rugi ratusan ribu di Sepanyol

    17

    Foto Rohani Alam Shah.

     

    PETALING JAYA: Jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman kerugian ratusan ribu ringgit selepas begnya dicuri ketika di Sepanyol bagi menjalani penggambaran video muziknya.

    Beliau memaklumkan perkara berkenaan di akaun Instagramnya pada Selasa dengan memuat naik gambar seorang lelaki yang dilakar dengan bulatan merah.

    Selain wang tunai, usahawan itu turut kehilangan kad kredit, kad pengenalan dan jam tangan mewah jenama Cartier.

    “Ada sesiapa kenal mamat dalam bulatan merah ni? Ini adalah salah satu benda tragis yang berlaku semasa saya di Sepanyol.

    “Dia ‘rembat’ beg sandang Salvatore Ferragamo semasa saya tengah leka berlatih, jadi lesaplah wang tunai yang saya bawa berjumlah 4,000 euro (RM19,151), kad kredit, IC (kad pengenalan) jam cartier bernilai kira-kira RM100,000,” katanya.

     

    Gambar individu dalam bulatan merah dipercayai mencuri beg sandang kepunyaan Aliff di Sepanyol.

    Bagaimanapun Aliff tidak menyatakan secara terperinci mengenai waktu dan lokasi kecurian, tetapi difahamkan beliau telah membuat laporan polis berhubung insiden tersebut.

    Tambah Aliff, beliau terpaksa meneruskan hari-hari terakhirnya demi menyiapkan penggambaran video muzik bertajuk ‘Abang Nak Tegur’.

    Penggambaran video muzik di Sepanyol baru-baru ini turut disertai usahawan kosmetik, Nur Sajat yang turut menyanyi dalam lagu tersebut.

    “Tapi saya gigihkan juga demi nak siapkan MTV. Hanya Allah sahaja yang tahu dugaan saya yang tak dikongsikan,” katanya yang telah pulang ke tanah air.

    Tags / Kata Kunci:

     

    Comments

    PERINGATAN:

    New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


    comments