7 makanan ini akan jadi racun jika dipanaskan semula - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Wed, Dec 13th, 2017

7 makanan ini akan jadi racun jika dipanaskan semula

Foto Rohani Alam Shah.

 

Sudah menjadi kelaziman kebanyakan orang makan makanan yang masih panas dan ada juga dalam kalangan mereka yang menghangatkan semula makan sebelum menikmatinya semula.

Namun, tahukah anda bahawa tidak semua makanan yang dipanaskan semua biarpun bagi anda, rasa makanan itu tetap sama dan adakalanya mungkin lebih sedap,

Biarpun begitu, sebenarnya tubuh kita tidak ‘merelakan’ makanan yang dipanaskan semula kerana beberapa makanan mungkin menjadi racun apabila dihangatkan semula dan boleh menyebabkan kanser.

Berikut merupakan tujuh jenis makanan yang boleh menjadi racun jika dipanaskan semula:-

Ayam

ELAKKAN daripada memanaskan semula makanan berasaskan ayam kerana berisiko kehilangan proteinnya. – UTUSAN/MEDIA SOSIAL

Daging ayam sangat sedap dan menggiurkan ketika panas namun adalah lebih baik tidak dipanaskan semula apabila makanan itu sudah sejuk.

Protein yang terdapat dalam daging ayam akan berubah mengikut caranya dipanaskan serta boleh mengganggu sistem pencernaan. Jika terpaksa, panaskan dengan api yang kecil dalam tempoh waktu yang singkat.

Bayam

BAYAM boleh menyebabkan seseorang mendapat kanser jika kerap memanaskannya semula. – UTUSAN/MEDIA SOSIAL

Siapa yang tida gemarkan bayam? Kebanyakan daripada kita sukakannya apatah lagi bayam sangat baik untuk gizi tubuh. Jadi, tidak hairanlah jika ada suri rumah yang menyimpan bayam dalam nisbah yang besar untuk dimakan hingga ke sebelah malam.

Itu tidak salah namun lain ceritanya jika bayam kerap dipanaskan. Sayuran ini mengandungi nitrat yang akan berubah menjadi campuran nitrat ketika dipanaskan. Nitrat inilah yang akan menyebabkan seseorang itu diserang kanser.

Kentang

NUTRISI dalam kentang akan hilang jika dipanaskan semula. – UTUSAN/MEDIA SOSIAL

Kentang merupakan salah satu sumber makanan yang cukup popular kerana boleh disajikan dalam pelbagai bentuk. Namun, kentang selepas dipanaskan semula, nutrisi yang terkandung di dalamnya akan hilang.

Sama seperti bayam, kentang akan mengalami proses pengoksidaan ketika dipanaskan. Proses tersebut akan membuatkan tubuh berdepan campuran racun berbahaya.

Telur

TELUR ayam perlu dimakan segar dan elakkan daripada dipanaskan semula. – UTUSAN/MEDIA SOSIAL

Telur merupakan makanan sihat yang mengandung vitamin A, kalsium, vitamin B6, vitamin B12, dan fosforus. Telur akan menjadi bahaya jika tidak digunakan segar.

Gorengan

KADAR kolestrol bakal meningkat apabila makanan bergoreng dipanaskan semula. – UTUSAN/MEDIA SOSIAL

Makanan yang digoreng sememangnya menjadi pilihan namun jangan sesekali mengambil langkah memanaskannya semula. Seperti sedia maklum, menggoreng memerlukan banyak minyak ketika melakukannya.

Jadi, jika dipanaskan semula, makanan tersebut akan mengandungi lebih banyak minyak sekali gus menyebabkan kadar kolesterol menjadi semakin tinggi.

Cendawan

CENDAWAN merupakan antara makanan popular di negara ini. – UTUSAN/MEDIA SOSIAL

Cendawan juga boleh menyebabkan gangguan sistem pencernaan jika dipanaskan semula.

Apa pun cara memasak cendewan sama ada digoreng atau dibuat sup, adalah lebih baik tidak dipanaskan semula.

Ini kerana tindakan tersebut akan menyebakan protein dalam cendawan hilang dan senyawa jahat akan masuk ke tubuh.

Santan

PENINGKATAN jumlah kolestrol bakal berlaku jika makanan bersantan dipanaskan semula. – UTUSAN/MEDIA SOSIAL

Kebanyakan makanan lazat mempunyai santan. Biarpun mempunyai rasa yang sedikit berbeza ketika sejuk atau dingin, lebih baik dimakan begitu sahaja.

Ketika santan dipanaskan semula, lemak yang terdapat dalam santan akan bertukar menjadi lemak jahat seterusnya meningkatkan jumlah kolestrol. – Utusan

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (10)