32 tahun tinggal dalam hutan sebab merajuk

55

Foto Rohani Alam Shah.

 

JAKARTA –  Di tengah kawasan hutan rimba berhampiran Desa Bobol, Bojonegoro, Jawa Tengah, Indonesia, siapa sangka warga emas ini tinggal secara seorang diri selama 32 tahun.

Lapor portal tempatan Detiknews, Mbah Panidin, 73, menjalani kehidupan yang amat daif di pondok kecilnya yang serba kekurangan.

Lebih memilukan, pondok usang tersebut boleh diumpamakan seperti sebuah reban ayam malahan tidak sesuai didiami oleh manusia.

Bagaimanapun, nasib Mbah Panidin terbela selepas menerima kunjungan daripada sekumpulan anggota Polis Bojonegoro baru-baru ini.

Rombongan diketuai Asiston Komisioner Aristianto itu turut menyampaikan keperluan asas termasuk pakaian kepada warga emas tersebut.

Mbah memberitahu, dia mengasingkan diri di hutan pada 1985 akibat kecewa dengan sikap ahli keluargnya selepas terlibat dalam satu pergaduhan besar.

Sejak dari insiden itu, dia yang patah hati memutuskan untuk menjauhkan diri buat selama-lamanya daripada darah dagingnya sendiri.

“Melalui perbualan saya dengan Mbah Panidin, dia telah menetap di sini sejak lebih 30 tahun lalu.

“Dia mungkin merajuk selepas terlibat konflik dengan ahli keluarganya,” kata Aristianto.

Sementara itu, Bobol Harinto memberitahu penduduk kampung telah lama memujuk Mbah Panidin supaya meninggalkan hutan tersebut namun usaha itu sia-sia.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments