Rakyat meluat anak Mugabe tayang kehidupan mewah, ada kereta Batman - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Thu, Nov 23rd, 2017

Rakyat meluat anak Mugabe tayang kehidupan mewah, ada kereta Batman

Image may contain: car and outdoor

 

ORANG ramai bersorak di jalanan pada Rabu setelah pemimpin diktator, Robert Mugabe meletak jawatan sebagai presiden Zimbabwe.

Kebanyakan rakyat Zimbabwe marah kerana bertahun-tahun hidup dalam kemiskinan dengan pendapatan per kapita negara yang lebih rendah berbanding Afghanistan.

Gaya hidup mewah anak Mugabe juga antara faktor yang mengundang kemarahan rakyat negara itu.

Foto yang dikongsi termasuklah oleh anak-anak Mugabe menunjukkan sisi kehidupan mewah mereka.

Robert Jr, 25 dan Chatunga, 21, masing-masing berkongsi foto kehidupan mewah dengan memaparkan koleksi barangan kemas dan kereta berjenama.

[​IMG]

Malah, Robert Jr turut menjadi tajuk utama akhbar apabila tiba di sebuah kolej di Dubai dengan menaiki kereta Batmobile hitam.

Dia turut memuatnaik foto tersebut untuk tatapan 23,000 pengikut Instagramnya.

Adiknya, Chatunga, dirakam menuang minuman keras berjenama ke atas jam tangan rolex di sebuah kelab malam semata-mata mahu menunjuk-nunjuk kehidupan mewahnya.

[​IMG]

Namun, pada Rabu, bapa mereka, Mugabe melepaskan jawatan sebagai presiden negara itu yang disambut dengan sorakan gemuruh seluruh rakyat Zimbabwe.

Rakyat negara itu dilihat meraikan perletakan jawatan itu dengan menari dan bersorak di Harare, ibu negara Zimbabwe.

Bukan itu sahaja, peletakan jawatan Mugabe juga diraikan di Selatan Afrika dan Johannesburg.

Salah seorang anggota parti Zanu PF, Lovemore Matuke berkata, dia gembira kerana Mugabe melepaskan jawatannya dengan sendiri.

“Ia pasti memalukan jika parti terpaksa memecatnya,” ujarnya

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (25)